Wah...banyaknya list impian yang nak dicapai tahun ni..agak agaknya tercapai tak ye???
Nak memang nak sangat ni..Tapi macam mana nak start ni..Pening weh...(loghat pahang)
Em..situasi macam ni biasa kita alami kan.
Camne erk???
okey jum kita tengok dimana nak mula.
Pertama:
Bayangkan matlamat itu.
Jika matlamat kita ingin memiliki dan mengendalikan sebuah syarikat contohnya, bayangkan anda menghadiri mesyuarat untuk syarikat anda dan anda menaiki sebuah kereta mewah yang dipandu oleh pemandu peribadi anda.Anda memiliki pejabat besar dan indah, pekerja yang ramai dan semuanya menghormati anda.
Bayangkan juga, anda sudah mencapai kejayaan peribadi anda yang anda impikan.Anda sekarang seorang yang telah berjaya.Anda memiliki perniagaan dan kejayaan luar biasa.Kewangan anda luar biasa.Anda mempunyai pendidikan yang tinggi dan sebagainya.Berhentikan pembacaan anda sebentar dan pejamkan mata anda untuk membayangkan itu semua.Indah bukan.
Apapun impian anda, samada nak menunaikan umrah atau haji,memiliki rumah besar,memiliki berat badan yang ideal atau apa sahaja, belajarlah untuk membayangkan impian anda itu, dan bayangan itu mestilah jelas dan fikirkan perkara itu seperti benar benar terjadi.Insyaalah semangat anda pasti akan lebih kuat untuk mengejar impian anda.Insyaalah lain hari kita bincangkan langkah langkah merealisasikan impian kita itu.Apapun Matlamat anda saya harap anda berjaya."If you aim for the stars, but if you fall, you will land on the monn"...See u later.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan