"Apa bidang yang patut saya ceburi ye?"..." Saya kelirula...Sebab macam macam dah saya cuba, tapi semuanya tak menjadi"."Boleh tak bagi pendapat atau pandangan?"
Hurm...kita biasa jumpa soalan ni kan?..Dan saya sendiri pun pernah tanya pada diri saya sendiri,"apa aku nak buat erk, semuanya tak kena.Macam macam cuba buat asyik gagal je...
Sebenarnya, adalah perkara biasa kita berjumpa kegagalan dalam hidup kita, kerana dari kegagalan itu kita akan mempelajari sesuatu.Semua orang pernah gagal.Tiada seorang pun yang hidup di dalam dunia ini, terus terus berjaya tanpa mengalami kegagalan dan kesakitan.Kegagalan buat kita mempelajari sesuatu, dan pengalaman dari kegagalan yang kita perolehi akan menjadi satu bekalan untuk kita mengharungi hidup yang mendatang, agar kita lebih bijak membuat keputusan.
Ramai di antara kita yang takut gagal...Saya pun..takut juga..hehe..Memangla..kadang kadang kegagalan itu menyakitkan..Dan sememangnya menyakitkan kan???Tapi sedar tak kita sebenarnya adalah lebih baik gagal selepas mencuba daripada tidak mencuba langsung atau gagal kerana takut untuk mencuba.Jalan mana pun yang anda pilih anda pasti bertemu dengan kegagalan dahulu.Jadi cubalah "Berani Untuk Gagal."Insyaalah kita akan menemui kejayaan kita.
Berbalik pada soalan kita tadi, "Apakah bidang yang patut saya ceburi?"Sebenarnya untuk mengetahui bidang yang patut kita ceburi adalah dengan cara mengetahui apakah kekuatan terbesar dalam diri kita.Apakah kekuatan dan bakat terbesar dalam diri anda?Cuba ambil sekeping kertas dan pen,dan tuliskan senarai senarai kekuatan dan bakat anda.Apa yang anda minat.Tahukah anda jika kita gembira melakukan sesuatu dan kita sangat sangat teruja untuk melakukan perkara tersebut itu adalah antara kelebihan kita.
Contohnya, jika anda sangat suka memasak,tapi tak punya banyak ilmu, cuma anda banyak idea untuk mengolah makanan, apabila memasak anda akan rasa sangat gembira dan mudah faham apabila belajar tentang sesuatu resepi, jadi itulah antara kelebihan anda.Maka dari situ anda boleh lebih serius untuk belajar dan belajar mendalami ilmu masakan sehinggalah membuahkan kejayaan.
Antara lainya, jika anda seorang yang suka kepada kecantikan, anda akan berusaha mencari tips tips terbaik untuk kesihatan dan kecantikan, meminati fesyen dan sebagainya, anda sebenarnya boleh belajar dengan lebih serius lagi untuk mendalaminya dan menjadikan apa yang anda minati sebagai kerjaya anda, walaupun anda sebenarnya bekerja di sektor swasta atau kerajaan ketika ini, tidak menjadi masalah untuk anda meneruskan minat anda secara sampingan dan akhirnya boleh mencipta kejayaan denganya.Contohnya sekarang kita lihat ramai yang berniaga secara online pada mulanya, akhirnya berjaya membuka sebuah kedai dan menjadi jutawan.Tak mustahilkan.Sebenarnya tiada yang mustahil dalam dunia ini, kerana rezeki kita adalah pemberian Allah s.w.t.Cuma kita kena berusaha dan berdoa.Jika doa kita masih belum di kabulkan, cuba semak balik sejauh mana kejujuran dan keikhlasan kita dalam doa itu,adakah kita selalu tergesa gesa berdoa?Ataupun fikiran melayang ke lain ketika berdoa,insyaalah kita sama sama berjuang untuk memperbaikinya.
Anda sebenarnya seorang yang sangat HEBAT,kerana Allah s.w.t telah menciptakan anda kedunia dengan 1 kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain, hanya anda yang tidak menyedarinya dan tidak cuba berusaha menemui kehebatan anda.
Sebenarnya,"Jika anda mengasah fikiran anda setiap hari dalam memikirkan dan memperjuangkan kearah cita cita anda, Allah pasti akan membantu, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan"
"Disiplin anda dalam melaksanakan target anda, adalah antara tanda anda orang yang akan berjaya, jika sebaliknya anda adalah antara tanda orang yang gagal"Wah...betul kan..Contohnya kalau kita niat nak kuruskan badan, dan siap dah baca semua tips tips diet ni..esok nak start..nak diet, kata pakar pemakanan jangan tidur terlalu banyak, jangan makan makanan manis, kurangkan pengambilan nasi atau pun stop kejap makan nasi, gantikan dengan bijirin,lakukan senaman,banyakkan minum air and bla bla..banyakla.Kita pun berazam nak buat semua tu..Buat hari pertama, kedua sampai seminggu nampak macam ada perubahan,dah kurang 2 kg ni..suka sangatla hati..Sukala sangaaat...tiba hari ke 8..hari ni rasa macam malas pulak nak diet..terliur pulak tengok kari ikan ni..alah makan jelah sekali.Esok dietla pulak,tapi esok pun buat macam tu gak,makan banyak lagi dah takde senaman dan bangun tidur pun lewat.Last last hancur diet.Tak konsisten.Alamatnya musnahla harapan nak cantik macam Rozita Che Wan atau handsome macam Aoran Aziz..haha..Itulah antara contoh yang saya nak tekankan, jika kita nak berjaya lakukanlah perjuangan anda secara disiplin dan konsisten.Berani untuk mencuba dan mengekalkanya setiap hari.
Anda tahu tak??Setiap hari yang kita lalui, biarlah lebih baik dari semalam, itulah tanda orang berjaya.Jika hari hari mereka adalah sama seperti semalam adalah orang yang rugi, tapi jika hari ini adalah lebih teruk dari yang semalam, tak tahulah nak kata apa, kena paham2 sendirilah..hehe.
Sebelum saya mengakhiri perkongsian saya hari ni, Pegangla ini sebagai landasan hidup kita:
"Apapun yang kamu lakukan, lakukanlah kerana Allah s.w.t. dan rasul dan yang dapat memberi kebaikan kepada agama,diri,ibu bapa,keluarga,jiran,sahabat, bangsa dan seluruhnya."
Insyaalah kita bertemu lagi..Asssalammualaikum...